Baca kisah ini dengan penuh mengHAYATI..dan jadikan teladan ataupun sebagai contoh dan ikutan untuk kita contohi bersama.
Teguran Rasulullah s.a.w kepada Sahabat yang Ketawa
Suatu ketika Rasulullah s.a.w dalam perjalanan untuk menunaikan solah lalu Baginda s.a.w ternampak satu kumpulan orang yang sedang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi. , Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadaan yang saya lihat ini".
Oleh itu, perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu hari pun berlalu tanpa kubur berkata, "Aku ialah rumah yang kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan rumah ulat-ulat."
Apabila seorang mukmin dimasukkan ke dalam kubur maka kubur akan berkata , "Kedatanganmu dialu-alukan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi, engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku."
Selepas iu, kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintuitu akan masuk bayu dan wangi-wangian dari syurga secara berterusan.
Apabila orang yang berdosa dimasukkan, kubur akan berkata,"Tiada kata-kata aluan untuk kedatanganmu. Sangat jelek kedatanganmu. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi engkaulah yang paling aku benci. Hari ini engkau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layanan daripadaku."
Selepas itu, kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain. Kemudian tujuh puluh ekor ular akan dilepaskan ke atasnya. Sekiranya seekor sahaja daripada ular itu menghamburkan bisa ke atas muka bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tinggal. Ular itu, akan terus mematuk orang tersebut hingga ke hari kiamat. Selepas itu, Rasulullah s.a.w bersabda,"Kubur merupakan satu kebun daripada kebun-kebun syurga atau pun satu lembah daripada lembah-lembah neraka".
Keterangan
Takutkan Allah s.w.t ialah perkara yang sangat-sangat perlu lagi penting. Perkara inilah yang akan menyebabkan Rasulullah s.a.w sering duduk merenung. Mengingati maut akan menambahkan sifat takut kepada Allah s.w.t. Oleh sebab itulah, Rasulullah s.a.w menyarankan supaya kita sering mengingati maut kerana amalan ini penting lagi pula memberi manfaat.
Alhamdulillah...mari kita sama-sama amalkannya . Assalamualaikum...
alhamdulillah...info yg menarik...teruskn blog anda...
ReplyDeleteda'i blogger...haha