Hazrat 'Abdullah Bin Zubair r. anhuma Meminum Darah Nabi s.a.w
Pada suatu masa, Rasulullah s.a.w telah berbekam dan Baginda s.a.w menyuruh Hazrat 'Abdullah Bin Zubair r.anhuma menanam darah Baginda s.a.w di mana-mana tempat. Beliau telah pergi dan datang semula sambil berkata,"Saya telah menanam darah itu." Rasulullah s.a.w bertanya, "Di mana?" Dijawabnya, "Saya telah minum darah itu,"
Rasulullah s.a.w bersabda, "Badan yang telah dimasuki darah saya tidak mungkin disambar oleh api neraka. Tetapi kamu akan memusnahkan ramai orang dan orang ramai akan memusnahkan kamu". [Tarikhul Khamis]
Keterangan
Setiap sesuatu yang keluar daripada jasad Rasulullah sama ada kencing, tahi dan lain-lain ialah suci. Oleh sebab itu, tiada apa-apa kemusykilan terhadap perbuatan yang telah dilakukan oleh Hazrat 'Abdullah bin Zubair r.anhuma. Sebagaimana yang telah ditulis oleh para ulama', 'kemusnahan' yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w bermaksud kerajaan dan pemerintahan yakni akan terbentuk pemerintahan dan orang yang akan merebut pemerintahan tersebut.
Semasa kelahiran 'Hazrat 'Abdullah bin Zubair r.anhuma Rasulullah s.a.w telah pun memberi bayangan tentang perkara tersebut dengan sabdaan Baginda s.a.w. "Beliau seumpama seekor domba yang berada di tengah-tengah serigala berpakaian." Lantaran itu, telah berlaku satu peperangan yang masyhur antara Hazrat 'Abdullah bin Zubair r.anhuma denganYazid serta 'Abdul Malik. Hazrat 'Abdullah bin Zubair r.anhuma dengan Yazid serta 'Abdul Malik. Hazrat 'Abdullah bin Zubair r.anhuma telah gugur syahid.
No comments:
Post a Comment