/* Header ----------------------------------------------- */ #header:hover{ -webkit-transition-duration: 2s; -moz-transform: rotate(7deg); -webkit-transform: rotate(7deg);

Saturday, 14 March 2015

Kelebihan Solat Lima Waktu

         Assalamualaikum dan selamat malam,...malam merupakan waktu yang Allah s.w.t ciptakan untuk manusia berehat dan beribadah padanya. Solat, merupakan perintah dan ibadah yang perlu diamalkan sepanjang hidup dan selagi kita mampu untuk bernafas.


Ali bin Abi Talib r.a. berkata,
"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata,

'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.' 


Lalu Rasullullah saw bersabda,
'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi,
'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

Sabda Rasullullah saw,
'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, 
lalu mereka berkata,
'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.'

Rasullullah saw bersabda,
'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah saw lagi, 


'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.' Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'

Sabda Rasullullah saw,
'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.' Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:

1. Dibebaskan daripada api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq. 


Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata, 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw). Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'

Sabda Rasullullah saw,
'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.'

Kata orang Yahudi lagi,
'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.'

Sabda Rasullullah saw,
'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya. 
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal. 
4. Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga. 
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan). 
6. Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath. 
7. Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.' 

Kata orang Yahudi,
'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.'

Sabda Rasullullah saw, 'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi,
'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).' 

Sedikit peringatan untuk kita semua:

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."
(Surah Al-Baqarah: ayat 155)

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
(Surah Al-Baqarah: ayat 286)

Thursday, 5 March 2015

Hazrat 'Abdullah Bin Zubair r. anhuma Meminum Darah Nabi s.a.w

Assalamualaikum ... kisah kali ini akan memaparkan mengenai kasih sayang sahabat Baginda Nabi s.a.w.

Hazrat 'Abdullah Bin Zubair r. anhuma Meminum Darah Nabi s.a.w

     Pada suatu masa, Rasulullah s.a.w telah berbekam dan Baginda s.a.w menyuruh Hazrat 'Abdullah Bin Zubair r.anhuma menanam darah Baginda s.a.w di mana-mana tempat. Beliau telah pergi dan datang semula sambil berkata,"Saya telah menanam darah itu." Rasulullah s.a.w bertanya, "Di mana?" Dijawabnya, "Saya telah minum darah itu,"

     Rasulullah s.a.w bersabda, "Badan yang telah dimasuki darah saya tidak mungkin disambar oleh api neraka. Tetapi kamu akan memusnahkan ramai orang dan orang ramai akan memusnahkan kamu". [Tarikhul Khamis]

Keterangan
     Setiap sesuatu yang keluar daripada jasad Rasulullah sama ada kencing, tahi dan lain-lain ialah suci. Oleh sebab itu, tiada apa-apa kemusykilan terhadap perbuatan yang telah dilakukan oleh Hazrat 'Abdullah bin Zubair r.anhuma. Sebagaimana yang telah ditulis oleh para ulama', 'kemusnahan' yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w bermaksud kerajaan dan pemerintahan yakni akan terbentuk pemerintahan dan orang yang akan merebut pemerintahan tersebut.

     Semasa kelahiran 'Hazrat 'Abdullah bin Zubair r.anhuma Rasulullah s.a.w telah pun memberi bayangan tentang perkara tersebut dengan sabdaan Baginda s.a.w. "Beliau seumpama seekor domba yang berada di tengah-tengah serigala berpakaian." Lantaran itu, telah berlaku satu peperangan yang masyhur antara Hazrat 'Abdullah bin Zubair r.anhuma denganYazid serta 'Abdul Malik. Hazrat 'Abdullah bin Zubair r.anhuma dengan Yazid serta 'Abdul Malik. Hazrat 'Abdullah bin Zubair r.anhuma telah gugur syahid.

Thursday, 26 February 2015

Teguran Rasulullah s.a.w kepada Sahabat yang Ketawa

Assalamualaikum..kisah kali ini masih dalam topik yang sama iaitu dalam topik Kisah-kisah Para Sahabat. Keimanan para sahabat begitu tinggi hinggakan ulama ataupun tabiin selepas mereka tidak dapat meniru iman yang sebenar-benar para sahabat. Imam as-Shafie pernah mengatakan bahwa, "jika diukur iman sahabat dengan iman ku, iman ku hanya debu-debu di tapak kaki mereka (sahabat) sahaja." Allah.....

     Baca kisah ini dengan penuh mengHAYATI..dan jadikan teladan ataupun sebagai contoh dan ikutan untuk kita contohi bersama.

Teguran Rasulullah s.a.w kepada Sahabat yang Ketawa

       Suatu ketika Rasulullah s.a.w dalam perjalanan untuk menunaikan solah lalu Baginda s.a.w ternampak satu kumpulan orang yang sedang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi. , Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadaan yang saya lihat ini".

       Oleh itu, perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu hari pun berlalu tanpa kubur berkata, "Aku ialah rumah yang kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan rumah ulat-ulat."

       Apabila seorang mukmin dimasukkan ke dalam kubur maka kubur akan berkata , "Kedatanganmu dialu-alukan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi, engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku."

       Selepas iu, kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintuitu akan masuk bayu dan wangi-wangian dari syurga secara berterusan.

       Apabila orang yang berdosa dimasukkan, kubur akan berkata,"Tiada kata-kata aluan untuk kedatanganmu. Sangat jelek kedatanganmu. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi engkaulah yang paling aku benci. Hari ini engkau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layanan daripadaku."

       Selepas itu, kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain. Kemudian tujuh puluh ekor ular akan dilepaskan ke atasnya. Sekiranya seekor sahaja daripada ular itu menghamburkan bisa ke atas muka bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tinggal. Ular itu, akan terus mematuk orang tersebut hingga ke hari kiamat. Selepas itu, Rasulullah s.a.w bersabda,"Kubur merupakan satu kebun daripada kebun-kebun syurga atau pun satu lembah daripada lembah-lembah neraka".       

Keterangan
       Takutkan Allah s.w.t ialah perkara yang sangat-sangat perlu lagi penting. Perkara inilah yang akan menyebabkan Rasulullah s.a.w sering duduk merenung. Mengingati maut akan menambahkan sifat takut kepada Allah s.w.t. Oleh sebab itulah, Rasulullah s.a.w menyarankan supaya kita sering mengingati maut kerana amalan ini penting lagi pula memberi manfaat.

Alhamdulillah...mari kita sama-sama amalkannya . Assalamualaikum...













Thursday, 19 February 2015

Tentang Khusyuk & Khudu' Dalam Solat

     Bismillahi rahman  nir rahim. Assalamualaikum w.b.t, syukur saya panjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana masih mengizinkan saya untuk hidup diatas muka buminya. Kenapa Allah hidupkan aku hari ini ? Jawapan Imam Al-Ghazali, "Kerana DOSA ku terlalu banyak dan Allah masih izinkan aku untuk BERTAUBAT".

     Ketika ini, saya ingin berkongsi mengenai Tentang Khuyuk & Khudu' Dalam Solat. Kisah ini menceritakan keghairahan para sahabat terhadap solat. Solat begitu menjadi penekanan dalam kalangan para sahabat, salafussoleh dan juga para tabiin ketika zaman Nabi s.a.w. 

     KISAH 1
Abu Bakar Dharir rah.,"Saya mempunyai seorang hamba yang muda. Dia berpuasa sepanjang hari dan bersolah tahajud sepanjang malam. Pada suatu hari, dia datang kepada saya lalu bercerita, " Semalam saya tertidur, saya melihat dalam mimpi bahawa dinding mihrab merekah dan daripada celah-celah rekahan tersebut muncullah beberapa orang gadis yang sangat jelita lagi cantik, tetapi salah seorang daripada mereka sangat hodoh. Saya bertanya, "Siapakah kamu dan siapakah si hodoh itu?' Lalu mereka menjawab, "Kami ialah malam-malam kamu yang lepas dan yang hodoh itu adalah malam ini".

     Allah...jika dihayati kisahnya kita akan jadi terharu dan sebak disebabkan keghairahan sahabat terhadap solat (tahajud) yang amat sukar dilakukan oleh umat akhir zaman ini. Insyaallah tuan-tuan yang mulia, mari bersama kita azam agar dapat usahakan bersama untuk melaksanakannya, kerana kejayaan manusia hanyalah dalam agama sebagaimana dapat mentaati perintah Nabi s.a.w. Insyaallah.......   

Thursday, 12 February 2015

Hazrat Abdullah r.anhu Membakar Selendangnya

     Assalamualaikum dan selamat malam. Teringin bagi saya untuk menceritakan sesuatu kisah yang begitu menarik minat saya mengenai Kisah-Kisah Para Sahabat. Dalam kisah para sahabat terdapat banyak kisah yang menarik.

Topik untuk malam ini adalah mengenai:

Hazrat Abdullah r.anhu Membakar Selendangnya

     Hazrat Abdullah bin 'Amr bin Al-'As r.anhu berkata, "Pada suatu ketika kami bersama Nabi s.a.w dalam perjalanan. Saya telah pergi untuk berjumpa baginda Nabi s.a.w. Ketika itu saya memakai kain berwarna merah muda. Melihatkan kain itu Rasulullah s.a.w bersabda, "Apakah yang engkau pakai ini?"

     Daripada soalan Nabi s.a.w. itu saya sudah dapat merasai ketidaksenangan hati Baginda s.a.w. Saya pun pulang ke rumah dan ketika itu keluarga saya sedang menyalakan dapur. Saya pun terus memasukkan kain itu ke dalam dapur tersebut. Keesokan harinya apabila saya pergi berjumpa Nabi s.a.w., Baginda s.a.w. bersabda, "Apakah yang telah engkau lakukan terhadap kain itu?'.

     Saya menceritakan kisah yang telah berlaku. Baginda s.a.w. bersabda, "Kenapa tidak diberikan kepada mana-mana wanita? Tidak ada apa-apa kesalahan jika wanita yang memakai kain itu." (Abu Daud)

Keterangan
     Walaupun kain itu tidak perlu dibakar, namun, seseorang yang hatinya telah diguris dengan kemarahan dan ketidaksenangan hati kekasihnya maka tidak terlintas dalam fikirannya untuk mencari kegunaan lain bagi kain tersebut. Bagi seseorang yang biasa seperti kita ini, sudah semestinya kita memikirkan pelbagai alasan untuk membolehkan kita menggunakan kain itu. Kita akan membuat pelbagai andaian. Misalnya, kemarahan Rasulullah s.a.w bukanlah teruk sangat. Lebih baik aku bertanya dahulu. Rasulullah s.a.w bertanya sahaja bukannya Baginda s.a.w melarang. Mungkin Baginda s.a.w. akan mengizinkan untuk kegunaan lain dan bermacam-macam andaian lagi.